Program SAFE & SHIELD bersama Taska Kemas PPR Rantau Panjang

19 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan taklimat Program SAFE & SHIELD bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Program tersebut telah dijalankan di Taska Permata Kemas PPR Rantau Panjang oleh pengurus NADI dan telah dihadiri oleh 11 orang pelajar dan 4 orang guru.

Program ini bermula dengan pengenalan kepada NADI dan program perkhidmatan pintar NADI. Program telah diteruskan dengan taklimat SAFE dan SHIELD iaitu pendedahan kepada pelajar dan guru guru tentang kesedaran penggunaan Internet secara positif. Taklimat juga menerangkan tentang kepentingan keselamatan siber kepada kanak kanak. Seterusnya, tayangan video keselamatan siber ditayangkan kepada peserta. Diakhir taklimat, kita mengadakan pertandingan mewarna kepada pelajar dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti dalam menambah pengetahuan tentang internet dan kesedaran keselamatan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali